Selasa, April 01, 2008

Pergaulan

Pergaulan

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Segala puji selayaknya bagi Tuan Punya Dunia, Allah SWT. Saya berhajat menyentuh sedikit bab ini walaupun saya tahu ramai antara kita yang dah 'lali' dengan isu ini. Ataupun mungkin bagi mereka yang masih mencari, semoga di sini ada manfaatnya.

Pertemuan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam urusan kerjaya, dakwah dan ilmu adalah harus asalkan ia sentiasa di atas niat yg baik.

“Dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yg lain” (at-Taubah:71)


ETIKA ATAU GARIS PANDUAN YANG MENGAWAL PERCAMPURAN


1. Menjaga pandangan supaya tidak menjalarnya syahwat.

“...hendaklah mereka menahan pandangannya” (An-Nuur:30-31)


2. Semua pihak menutup aurat terutama perempuan, tidak nipis materialnya dan tidak menampakkan bentuk badan

”Janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yg biasa nampak” (an-Nuur:31)

“Hendaklah mereka menghulurkan jilbab ke seluruh tubuh mereka” (al-Ahzab:59) 


3. Memelihara adab dan susila Islam ketika bertemu dan bergaul

3.1 menjaga nada suara

“maka janganlah kamu lunak dlm berbicara") (al-Ahzab: 32)


3.2 menjaga gaya berjalan

“janganlah kamu memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan”(an-Nuur:31)


3. 3 Tidak membuat body language yg manja dan seksi

4. Elakkan rangsangan spt memakai perfume dan mengenakan make-up 

5. Pertemuan dalam bentuk kumpulan, tidak boleh berkhalwah

6. Pertemuan dan pergaulan adalah dalam batasan keperluan sahaja bukan berlebih-lebihan.

(Hadyul Islam Fatawa Mu'asirat Jld 2)

Semoga ada manfaatnya.

Wahai Tuhan kami! 
Perbaikilah hati kami, 
hapuskanlah cacat cela kami, 
pimpinlah kami ke arah kebaikan, 
hiasilah kami dengan taqwa, 
kurniakanlah kepada kami 
taat setia kepadaMu 
sepanjang hidup kami. 
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, 
syukur kepadaMu, 
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu, 
khusyuk kepadaMu. 
Wahai Tuhan kami! 
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu 
ketetapan di dalam urusan ini 
keazaman di dalam hidayah 
tolonglah kami mengingat Engkau 
menyebut namaMu 
mensyukuri Engkau 
baik ibadat kepadaMu. 

Wallahualam
p/s: ada beza bagi mereka yang tidak mengetahui dan mereka yang mengetahui dan berbeza juga bagi mereka yang mengetahui tetapi tidak berusaha untuk melaksanakan dan mereka yang tidak mengetahui dan tidak berusaha untuk mengambil tahu.....;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI