Diterima dari seorang sahabat, dihantar semula untuk renungan sahabat2 sekelian.
Subject: FW: Tunaikan Tanggungjawab Mengundi Kita.
Aku mengundi kerana apa????
Tunaikan Tanggungjawab Mengundi Kita (Forwarded Massage)
Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan pembaca yang budiman. Aku terpanggil untuk menulis coretan ini bukan kerana ingin memihak kepada mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu persoalan yang berlegar di benak fikiranku dan ingin aku mengajak saudara-saudari sekalian bertanya kepada diri dan hati masing-masing
"TANGGUNGJAWAB MENGUNDI KITA KERANA APA?"
Mungkin ada di antara saudara-saudari tertanya-tanya bagaimana persoalan ini terlintas di fikiran aku? Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar satu sesi ceramah agama di surau perumahan yang aku diami. Ceramah yang
diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu ceramah politik, ianya ceramah mingguan, tetapi penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku tertanya kepada diri sendiri akan persoalan di atas.
Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz tersebut pun memulakan ceramah beliau. Seperti biasa isi ceramahnya adalah tentang dosa dan pahala. Pada mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik sedemikian sering kali diulangi ketika khutbah jumaat.
Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih lagi bila semua makmum yang hadir mendengar dengan khsyuk. Ustaz tersebut berbicara mengenai seorang pencuri yang dibicara di depan Allah s.w.t di padang Masyhar.
Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hamba- Nya, ; " Wahai si polan, kenapa kamu hanya dihukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi
dan bukti yang nyata dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"
Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini, tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".
Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan segalanya akan diadili dengan seadilnya di hadapan Allah s.w.t
Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, " Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri ini?" Maka jawab si hakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk
melakukannya. "
Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa
pula yang memberi kamu akan kuasa itu?" .
pula yang memberi kamu akan kuasa itu?" .
Jawab si hakim, "Mereka yang membuat akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang dibarisi oleh ahli-ahli kabinet negaraku".
Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan, " Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian yang bercangah sama sekali dengan hukum-Ku?"
Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan, " Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian yang bercangah sama sekali dengan hukum-Ku?"
Jawab ahli-ahli kabinet " Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum-Mu selama kami memerintah dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi janganlah hanya kami dipersalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan hukum-Mu sekiranya rakyat
tidak memilih kami".
Allah s.w.t kemudian memerintahkan semua rakyat yang memilih ahli-ahli kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka ini yang
menolak hukum-Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakan hukum-Ku?"
Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana di mahsyar tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan.

Ada di antaranya menjawap "Wahai Tuhan-Ku, aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju dan kain."
Ada pula yang menjawap, " Aku memilih mereka
kerana ingin kemewahan dan kesenangan dunia."
kerana ingin kemewahan dan kesenangan dunia."
Selain itu ada yang menjawap "Aku memilih mereka kerana inginkan projek-projek" .
Ada juga yang menjawab " Aku memilih mereka kerana aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah".
Ada lagi yang menjawap, "Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan undang-undang Islam".
Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana dihadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung".
Maka dengan murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah kamu semua ke dalam neraka-Ku, sesungguh nya azab Ku amatlah pedih dan terimalah balasan siksa di atas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan."
Nauzubillah.
Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, " Kalau
saudara-saudari tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggulah saya nanti di sana, kalau apa yang saya katakan ini bohong atau dusta semata".
Dalam perjalan aku ke rumah, apa yang berlegar di fikiran aku adalah persoalan " AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA???

Setibanya aku di pintu pagar rumah, dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya, "AKU
MENGUNDI KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM".
MENGUNDI KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM".
Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing, "AKU MENGUNDI KERANA APA..?" Tepuk dada tanya IMAN.
Wassalam.
Ibnu Walid
p.s : sebarkan pada rakan anda.
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akan lahir selepas aku
beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan
perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini
sekiranya terdapat perkara seperti itu? "Baginda s.a.w. menjawab, "
hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah
segala hak-hak yang kamu perlukan."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI