| Abdul Halim Mohd Rashid Sat | Mar 15, 08 | 6:18:07 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 15 Mac (Hrkh) - Setelah pengundi berterus terang dengan Perdana Menteri dan BN pada 8 Mac lalu adalah satu kesilapan besar bagi sesiapa pun berpura-pura seolah-olah tiada apa yang terjadi, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin. "Suka atau tidak, kita terpaksa berterus terang bahawa wujud tanda-tanda yang sangat jelas iaitu kedudukan (Datuk Seri) Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri semakin tercabar," kata beliau dalam blognya, kadirjasin.blogspot.com. Menurut beliau, antara cabaran kepada kedudukan Abdullah ialah suara lantang dan jelas dari dalam Umno sendiri meminta Perdana Menteri menerima tanggungjawab di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu Selain itu, katanya, sudah ada bukti bertulis dalam bentuk surat Ahli Parlimen Jerlun merangkap Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir, yang merayu Perdana Menteri meletakkan jawatan. Pelbagai mesyuarat dan pertemuan tertutup yang membabitkan pembesar dan aktivis Umno yang merayu Perdana Menteri memikirkan kepentingan parti dan negara daripada kepentingan peribadi, katanya lagi. "Penolakan oleh Raja Perlis terhadap pencalonan Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar walaupun dia mendapat surat tauliah daripada Abdullah. Sebaliknya Istana melantik calon lain; "Kelewatan Sultan Terengganu memperkenankan pelantikan semula Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun dia berjaya dengan cemerlang mempertahankan negeri itu daripada jatuh ke tangan pembangkang," kata Kadir ketika menyatakan cabaran-cabaran kepada Abdullah. Satu lagi cabaran, menurut beliau, ialah perisytiharan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP untuk memansuhkan peruntukan-peruntukan tertentu Dasar Ekonomi Baru (DEB). |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Sabtu, Mac 15, 2008
Silap besar berpura tiada apa terjadi - Kadir
Silap besar berpura tiada apa terjadi - Kadir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI