Azamin Amin Mon | Mar 10, 08 | 11:05:57 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - Usaha Barisan Nasional (BN) yang didakwa sedang cuba 'memujuk dan membeli' adun-adun Barisan Alternatif (BA) dianggap sia-sia kerana rakyat secara keseluruhannya telah menolak BN sebagai kerajaan. Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas desas-desus pihak tertentu bahawa terdapat usaha untuk membolehkan BN mendapatkan semula dua pertiga majoriti dan menutup 'kekalahan ngeri' mereka. Kata Mahfuz adun-adun BA tidak akan menggadaikan prinsip keadilan yang telah diperjuangkan malah masing-masing telah berpegang kuat bahawa jawatan yang disandang merupakan amanah rakyat. "Jika benar ada usaha itu ternyata ia adalah tindakan terdesak BN yang sudah 'bankrap' idea yang masih lagi mahu dua pertiga majoriti dan tidak mahu mengakui kekalahan teruk mereka. "Sepatutnya adun dan ahli parlimen Umno dan BN yang beralih arah kepada Barisan Alternatif (BA) kerana jelas rakyat telah menolak parti itu dan sudah tidak percaya lagi dengan kemampuan BN mentadbir negara," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Katanya bagi pihak PAS, kebimbangan terhadap 'pembelian' itu tidak menjadi isu memandangkan ahli-ahli khususnya adun-adun termasuk ahli Parlimen PAS mempunyai kekuatan aqidah dan mendapat tarbiyah yang sebaiknya di bawah kepimpinan ulama seperti Presiden PAS Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz. "Insya-Allah, mereka tidak akan 'menjual' maruah agama dan prinsip perjuangan dengan begitu mudah dan terpedaya dengan lambakan tawaran daripada BN. "Mereka tidak akan mengkhianati rakyat yang telah bersusah payah memilih mereka dan curang terhadap anugerah Allah yang telah mengurniakan nikmat kepada BA yang menang lima negeri," katanya yang juga telah menang kerusi bagi Parlimen Pokok Sena, Kedah dalam pilihan raya baru-baru ini. Sementera itu, Mahfuz menggesa supaya Pengerusi BN Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana rakyat secara jelas memberi isyarat bahawa kepimpinan beliau sudah tidak diperlukan lagi. "Keputusan itu memalukan BN dan lebih malu lagi kalau Abdullah terus memegang jawatan kerana rakyat sudah tidak 'merestuinya'," katanya "Abdullah mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini dan menuruti gesaan semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Mahahthir Mohamad," katanya. Menurut maklumat terkini yang didedahkan KLpos.com. BN sedang menjalankan usaha 'membeli' adun-adun BA ini bagi membolehkan BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak dan Selangor. Bagaimanapun menurut sumber laman web itu juga, semua Adun dan Ahli Parlimen KeADILan bagi negeri Perak dan Selangor ini sudah dipanggil untuk berjumpa penasihat parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim esok yang dikatakan berhubung isu 'pembelian' ini. - mns |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Isnin, Mac 10, 2008
Rakyat tolak BN, sia-sia 'pujuk-beli' adun BA
Rakyat tolak BN, sia-sia 'pujuk-beli' adun BA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI