Khamis, Mac 27, 2008

Punca Segala Masalah

Punca Segala Masalah
Posted on Thursday, March 27 @ 00:09:23 MYT by SongkokPutih

ArtikelOleh usamabenladen

"
 Salam Sejahtera.. Sewaktu Mahathir mengambilalih pemerintahan Slogan Bersih Cekap dan Amanah telah dimomokan kepada rakyat, namun demikian setelah 22 tahun memerintah Tun telah membuktikan segala amalan yang jahat dan bertentangan konsep BCA  telah sebati dengan UMNO hatta Gerakan dan MCA itu sendiri

Punca segala masalah rasuah, salahguna kuasa serta gilakan harta telah dimulakan oleh Tun itu sendiri. Masihkah kau ingat  sewaktu kita berkonfrontasi dengan Australia dibawah Paul Keating kerana mengatakan mamak bendahara kita itu rasuah RM 2,000.00 hampir seluruh rakyat Malaysia menyokong Tun kerana patriotisme, kini Tun telah membunuh SAR kerana padanya tempat penyebab ajaran songsang   yang menentang kerajaan, Isu memali kes pembunuhan yang masih belum diselesaikan di mahkamah, kes Sauk yanmg telah membunuh Amin dan pelbagai kes sehinggakan kes skandal BMF 2.5 Billion.


PAS hari ini cuba mendesak agar Pak Lah meletak jawatan, namun sedarkan PAS dengan perletakan jawatan Dollah maka Najib akan menguasai tampuk pemerintahan negara.

Pemimpin ini bukan sahaja korup dan segi kuasa bahkan juga dari segi moral. Meletakkan Najib di tampuk kuasa seumpama mewujudkan Presiden Wanita bagi menguasai Malaysia. Skandal Al Tantuya masih lagi belum berkesudahan dan dengan pelbagi isulah Dolah dapat mencucuk hidung Najib...

Seandainya Najib berkuasa maka fail2 lama  dalam simpanan Tun akan diaktifkan dan mereka akan sama-sama bergumbira dengan merompak semula hasil kekayaan negara. 

Kita perlu bongkarkan apakan kes Memali itu, kesalahan Maha Firaun, Kpl Matthew dibunuhadalah salah satu agenda dalam usaha mengharamkan  nama Islam digunakan oleh PAS. Dan yang paling penting demi pendidikan generasi akan datang kembalikan pengajaran Sais dan matematik ke dalm Bahasa Malaysia kerana kita yakin betapa sukar dan jerihnya anak2 petani dan nelayan untuk belajar dalam BI sedangkan di kawasan luar bandar   BI sendiri diajar dalam Bahasa Malaysia. 

Betapa graf peperiksaan terpaksan dimanipulasikan demi untuk menunjukkkan kejaya Sains dan Matematik dalam BI dan apa yang paling penting guru2 lebih cendrung untuk membuat wang lebih di pusat2 tuiyen dari mengajar anak bangsa untuk mahir dalam sunjek tersebut. Ini peluang untuk membuat wang tambahan hinggakan mereka termasuk saya bersifat materiakistik sehinggakan kerja di sekolah dianggap part time(zon selesa)  dan tumpuan lebih di pusat2 tuisyen kerana hasil yang lebih dabn perlu dicari dengan sedikit usaha sahaja.

Kembalikan kegemilangan mahasiswa dalam politik yang kini pelajar sekolah jauh lebih matang dalam politik songsang melalui Puteri dan Putera UMNO.

Kenapa perlu dwi standard dalam menangani mahasiswa luar negara diberi kebebasab penuh aktif dalam politik UMNO sedangkan mahasiswa tempatan hanya layak membincangkan soal kenaikan yuran dan pinjaman gagal ataupun boleh atau tidak memasak mee segera dalam bilik di kampus yang menjadi gedung ilmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI