Selasa, Mac 11, 2008

Perjuang agenda arus perdana - Husam

Tuesday, March 11, 2008

Berita yang tak dapat masuk Harakah (6)

Perjuang agenda arus perdana - Husam

KOTA BHARU, 11 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa menyeru semua parti pembangkang supaya mengetepikan perbezaan untuk memperjuangkan agenda lebih besar.

"Kini, kita mesti berusaha, bersatu serta mewujudkan perpaduan semua kaum dan memperjuangkan agenda yang lebih arus perdana," kata beliau.

Di Ipoh, sejajar dengan kenyataannya itu, Husam menyatakan, kerajaan rakyat di Perak akan digunakan sebagai model kerajaan alternatif yang boleh memelihara hak semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

"Rakyat bukan Melayu tidak seharusnya bimbang, kita tidak akan membuat perubahan besar dalam polisi sosial. Keutamaan kita ialah untuk mewujudkan pentadbiran yang beradab dan bersih yang boleh mengukuhkan (sistem) penyampaian umum dan membawa keadilan kepada masyarakat berbilang kaum," kata beliau dalam sidang medianya di pejabat PAS Perak.

Bagi PAS, kata beliau, apa yang lebih penting ialah kesepakatan bersama dan persetujuan telah dicapai mengenai calon Menteri Besar Perak.

Ramai pihak berharap istilah "buta warna" yang digunakan oleh Husam ketika menggambarkan kemenangan rakyat dalam pilihan raya umum Sabtu lalu dapat diterjemahkan di dalam pentadbiran kerajaan-kerajaan rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.

Ketika menggambarkan kejayaan rakyat dalam pilihan raya umum kali ini, ADUN Salor itu berkata: "Ia seperti satu revolusi. Mesej (rakyat) kepada kerajaan ialah 'enough is enough' (cukuplah!). Ia bukan gelombang hijau, hitam atau merah, ia buta warna".

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI