| Mohd Sabri Said Fri | Mar 14, 08 | 10:32:25 am MYT | |
| PULAU PINANG, 14 Mac (Hrkh) - PAS Pulau Pinang menyokong penuh perlantikan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, Timbalannya, Mohd Fairuz Khairudin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan Profesor Dr. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri ke-2. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berkata, PAS juga bersedia bekerjasama dengan kerajaan baru pimpinan DAP semata-mata mahukan pembangunan dan pembelaan terhadap masyarakat Islam tetap terpelihara. Bagi PAS apa yang sesuai dilaksanakan oleh kepimpinan baru itu nanti biarlah memberi impak kebaikan kepada semua rakyat serta jauh berbeza daripada layanan Barisan Nasional (BN) selama ini. "PAS ucap syabas kepada kepimpinan baru dan bertekad akan bekerjasama untuk menjayakan hasrat kerajaan untuk masa depan rakyat," ujarnya ketika dihubungi. - mns | 
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Jumaat, Mac 14, 2008
PAS sokong KM dan TKM baru Pulau Pinang
PAS sokong KM dan TKM baru Pulau Pinang                                  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI