Helmi Khalid Mon | Mar 10, 08 | 2:29:47 pm MYT | |
ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, tidak menolak kemungkinan Kedah akan mempunyai Exco di kalangan wanita dalam kerajaan yang bakal dibentuk. Menjawab pertanyaan wartawan, beliau berkata, memang dalam manifesto kita ada sebut dan ia akan dilaksanakan. Selain itu, calon KeADILan dari kaum Cina juga mempunyai peluang membarisi barisan Exco yang akan memberi khidmat kepada rakyat Kedah. Dalam sidang media pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan membayangkan jumlah exco negeri ini dikekalkan seramai 10 orang bagaimanapun kemungkinan akan sedikit pembaharuan mengikut kesesuaian beberapa aspek tertentu. Di Kedah, Ketua Dewan Muslimat Negeri, Ustazah Aishah Ghazali menang di Dun Merbau Pulas, sementara seorang lagi calon muslimat, Dr. Rohani Abdul Mutalib, tewas di Dun Jitra. Adalah dijangkakan, Menteri Besar akan mengumumkan senarai Exco Kerajaan Kedah sebelum Khamis ini serentak mengadakan Mesyuarat Exco pertama di Wisma Darulaman. - mr |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Isnin, Mac 10, 2008
PAS Kedah akan lantik Exco Wanita dalam kerajaan baru
PAS Kedah akan lantik Exco Wanita dalam kerajaan baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI