Sabtu, Mac 15, 2008

Pas alu-alukan penyelesaian di Perak

Pas alu-alukan penyelesaian di Perak
Kenyataan Media Presiden PAS
Sat | Mar 15, 08 | 1:50:01 pm MYT

Parti Islam Se Malaysia (PAS) mengalu-alukan formula penyelesaian yang dicapai oleh ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR peringkat negeri untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru. Persetujuan kesemua pihak untuk memberi laluan kepada Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Adun PAS Pasir Panjang, untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru jelas membuktikan kesepaduan pakatan ini.

PAS mengharapkan agar sebaik selesai majlis mengangkat sumpah, kerajaan Negeri Perak yang baru dapat terus menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat dan memperkenalkan perubahan dan pembaharuan demi masa depan yang lebih baik dan terjamin bagi rakyat dan Negeri Perak.

PAS menyeru semua pihak memberi peluang kepada kerajaan baru ini dan menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat khasnya di Negeri Perak.

15 Mac 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI