Malaysiakini Fri | Mar 14, 08 | 1:15:43 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 13 Mac - Exco Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir menggesa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno bagi memulihkan negara dan parti itu. "Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya," katanya dalam sepucuk surat peribadinya kepada Abdullah. Surat bertarikh 12 Mac itu turut diedarkan kepada Timbalan Presiden Umno, dua Naib Presidennya dan Setiausaha Agung Umno. Malaysiakini difahamkan surat itu tidak bertujuan diedarkan kepada umum, namun ia kini mula diterbitkan di beberapa laman web dan blog politik. Mukhriz, ahli Parlimen Jerlun, berkata keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac jelas menunjukkan rakyat menolak kepemimpinan Abdullah. Laporan ini dipetik dari Malaysiakini.com |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Jumaat, Mac 14, 2008
Mukhriz gesa PM letak jawatan?
Mukhriz gesa PM letak jawatan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI