Rabu, Mac 26, 2008

MAT SAID akan Lantik Semua Exco baru:Tg Putera Speaker Dewan

MAT SAID akan Lantik Semua Exco baru:Tg Putera Speaker Dewan
Posted on Wednesday, March 26 @ 12:34:58 MYT by greenboc
Berita Oleh yb_pmn

"A
MB Baru Terengganu, Dato' Ahmad Said diberitakan akan melantik semua Exco baru dikalangan ADUN yang BN menang baru-baru ini. Namun semua Exco itu adalah drp kalangan orang-orang yang menyatakan sokongan senyap kepadanya, tetapi terpaksa ikut rentak Pak Lah dan Idris supaya tidak dianggap 'PENDERHAKA' kepada Ameno.

Manakala Tengku Putera Tg Awang mantan MP Hulu Terengganu, musuh no.1 Deris & Rosol akan dilantik sebagai Speaker Dewan yang baru.



Beliau dikatakan akan dilantik berdasarkan keberaniannya yang menjadi kepala kepada MP yang dicantas oleh Idris untuk menjadi calon semula pada PRU12 baru-baru ini.

Difahamkan, beliaulah yang menghantar memorandum antaranya menyokong pihak istana agar tidak mencalonkan semula Idris sebagai MB Terengganu.

Jika mengikut Hiraki kepimpinan Ameno Terengganu, jika Idris tidak naik MB, maka Tg Putera akan mewarisi tapak itu, dan beliau dikatakan merupakan pilihan pilihan pihak istana. Namun, kesedaran Idris tentang bahaya itu dihidu lebih awal lagi, sebagaimana beliau pada peringkat awal tidak mencalonkan Mat Said di Dun Kijal.

Begitu juga dengan Nasir Ibrahim Fikri yang turut direstui Istana, tidak dicalonkan di DUN Bukit Tunggal, sebaliknya dihanyutkan ke Parlimen Kuala Nerus.

Sekiranya Mat Said kekal sebagai MB, maka nyawa MP2 dan Adun yang ditenggelamkan oleh Idris, akan dinaikkan semula termasuk Man Bakor yang akan diberikan peranan penting dalam kepimpinannnya nanti.

Nasib Rosol dan Idris dikatakan pasti berkubur, dan ada terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa gelaran Datuk yang diperolehi oleh Idris dan Rosol bakal ditarik balik sedikit masa lagi oleh pihak istana.

Inilah dikatakan Lebai Malang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI