Ahad, Mac 30, 2008

Kita Orang kepada Orang Kita : Jangan jadi 'Bukan Orang'

Kita Orang kepada Orang Kita : Jangan jadi 'Bukan Orang'
Posted on Sunday, March 30 @ 09:30:26 MYT by greenboc

Bahan RencahOleh alhusseyn

"a
Kepada ‘Orang Kita’  Yang Berkhidmat, 

Ingatlah, bahawa kita orang  yang mengundi anda mahukan keadilan – meletakkan sesuatu kepada tempat hak mutlaknya. Mahukan sepatu yang berada dikepala dipakaikan kekaki semula , dan songkok yang terperosok dikaki dikembalikan keatas kepala semula ; kerana disitulah letak asalnya dan tugas anda mempastikan keadaan demikian disempurnakan kerana itu adalah kewajipan anda dan yang demikian itu adalah keadilan—yang anda sendiri pernah turut  menuntut dan  melaungkan.

‘Kita Orang’  telah mengundi anda;  bukan sebab  suka sangat  kepada anda , tetapi sebab kita orang  sangat meluat dan benci kepada  kelakuan pemimpin Barisan Nasional yang bersifat bukan seperti orang tetapi BNatang -- yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan ; dan sesungguhnya kita orang  , para pengundi yang mengundi anda , tidak bersedia  untuk memaafkan atau mengampunkan penjenayah  dari pentadbiran yang lepas.Bukan kerana mahu membalas dendam , tetapi kerana  kita orang  mahu  melihat  keadilan dilaksanakan ; sebagaimana maksud ayat Allah yang  mengungkapkan  : 

Bukankah tiada balasan bagi amal yang baik, melainkan balasan yang baik juga? (ArRahman: 60). Maka tentunya amalan yang jahat balasannya jahat juga.


Ya, benar anda sekarang yang mentadbir, dan  ‘kita orang’ apa yang tahu? Ya, benar, anda kini ada kedudukan dan sangat sibuk dengan urusan itu dan  ini ; dan  apasal kau orang mahu ikut sibuk akan hal kami? Kau orang bawah sana mana tahu tugasan pentadbiran!

Ya, ungkapan begitulah yang pernah memancul keluar dari mulut-mulut busuk pemimpin BNatang dahulu dan anda boleh lihat sendiri apa yang terjadi kepada mereka kini. Kita orang akan terus memerhati kau orang dan menilai prestasi kau orang.Buktikan bahawa kita orang tidak membuat pilihan yang salah seperti mana yang sudah-sudah dan anda tidak serupa  pemimpin Bnatang  yang bukan orang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI