Ahad, Mac 23, 2008

Agama songsang Hadhari disebalik UMNO tersungkur di Kedah

Agama songsang Hadhari disebalik UMNO tersungkur di Kedah
Posted on Sunday, March 23 @ 13:05:53 MYT by SongkokPutih

Analisis IsuOleh Tarabulsi_2008

" Bila Abdullah Badawi cuba menyebar agama baru, Hadhari dan memberinya label Islam, maka umat Islam merasakan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tergugat dan terancam. Tindakan Abdullah Badawi cuba modify Islam sepertimana Mat Rempit modify motosikal telah menimbulkan rasa cemas di kalangan umat Islam. 

Maka di Kedah dan Kelantan umat Islam telah menggunakan kuasa undi untuk menolak UMNO-BN pada pilihanraya 8 Mac 2008. Kekalahan UMNO-BN di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta kegagalan UMNO-BN mempertahankan majoriti 2/3 di Parlimen adalah balasan Allah keatas UMNO-BN yang telah berusaha meliberalisasi serta mengubahsuaikan ajaran Islam mengikut selera dan nafsu.

Abdullah Badawi dan orang-orang UMNO kerana terlalu ingin menyesuaikan Islam kepada selera dan hawa nafsu mereka yang rakus itu telah menolak Al Quran dan Hadith yang melarang diubahsuaikan ajaran agama Islam. Saya rujuk kepada sebuah Hadith Rasullullah SAW (dalam Bahasa Inggeris supaya Khairy Jamaluddin kelulusan Oxford boleh lebih memahaminya). Rasullullah SAW dalam Hadith tersebut bersabda: "There shall be no innovation in this religion of mine". 

Islam dengan tegas dan muktamad menolak sebarang innovasi. Terdapat banyak usaha terutama oleh Kristian Barat untuk mempengaruhi pemimpin-pemimpin negara Islam supaya meliberalisasikan ajaran Islam dan dengan itu mengelincirkan akidah umat Islam. Kita saksikan pengubahsuaian serta liberalisasi terhadap ajaran Islam atas nama human rights dan universal values system (keseragaman nilai-nilai hidup di antero dunia) sedang giat diusahakan di Iraq dan Afghanistan yang dijajah Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Kristian Barat.

Tatkala menghadiri berbagai persidangan antarabangsa terutamanya di Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations) saya lihat banyak betul usaha untuk mengubahsuaikan ajaran Islam atas nama human rights dan universal values system oleh negara-negara Kristian Barat dan boneka-boneka mereka yang bergama "Islam" seperti Qatar.

Soalan yang sering bermain di minda saya. Adakah Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin ini talibarut Kristian Barat? Allah sahaja yang Maha Mengetahui. 

Akal mengatakan anak-beranak Pak Lah mungkin talibarut Kristian Barat, dan agama songsang Hadhari yang mereka sebarkan adalah usaha mereka anak-beranak untuk melaksanakan salah satu dari agenda tersembunyi Kristian Barat yang bertujuan untuk merosakkan akidah umat Islam di Malaysia. Saya harap rumusan ini tidak betul.

Punca utama kekalahan UMNO-BN adalah kepimpinan Abdullah Badawi yang serba lemah dan lembab. Maka orang UMNO tunggu apa lagi. Terajang keluar Abdullah Badawi sekarang juga. 

Kalau kamu orang-orang UMNO benar-benar sayangkan negara yang nak dijual oleh anak-beranak Abdullah Badawi kepada Singapura, nah ambillah peluang yang diberi Allah SWT ini berikutan kekalahan BN di pilihanraya baru-baru ini dan tendang keluar Abdullah Badawi. 

Kalau kamu orang-orang UMNO benar-benar mahu memperjuangkan Islam (bila dah kalah baru terdengar orang UMNO nak memperjuangkan Islam dan menyatupadukan ummah...ha ha ha..) nah ini peluangnya bagi kamu untuk sepak keluar Abdullah Badawi yang telah cuba modify agama Islam sepertimana Mat Rempit modify motosikal.

Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!

Tarabulsi

23 Mac 2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI