Harakahdaily Fri | Mar 14, 08 | 12:08:52 pm MYT | |
ALOR SETAR, 14 Mac (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat Negeri Kedah kesal, dan meminta rakyat negeri ini berhati-hati dengan pihak yang menyamar sebagai pemimpin KeADILan dengan motif jahat menutup Tabika Kemas dan Dewan Orang Ramai yang dikuasai Umno. Pengarah Pilihan Raya KeADILan Kedah, Saiful Izham Ramli berkata, pihaknya mendapat aduan orang ramai, yang kesal dengan 'arahan' KeADILan untuk menutup premis-premis berkenaan. Katanya, lelaki yang menyamar pemimpin KeADILan itu berjumpa penyelia tabika dan dewan orang ramai, mengarahkannya mengosongkan premis dan menyerahkan kunci kepadanya. "Tindakan penyamaran ini amat jahat, kami tegaskan bahawa KeADILan tidak pernah berbuat demikian, malah kami menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak yang meminta semua yang berada Tabika Kemas dan Dewan Orang Ramai kekal. "Tiada arahan penutupan oleh kerajaan negeri, KeADILan juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan," tegasnya. Menurut Saiful beliau percaya tindakan tersebut didalangi oleh pihak tertentu yang dipercayai diupah pihak pembangkang yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 12 8 Mac lepas. Dalam PRU tersebut, PAS memenangi 16 kerusi, KeADILan empat, DAP dan calon bebas masing-masing satu. Saiful bagaimanapun meminta orang ramai yang didatangi lelaki berkenaan, supaya mengambil semua butirannya dan membuat laporan polis jika beliau mengarahkan tabika atau dewan ditutup. "Berikan salinan repot polis kepada kami, kami akan mengambil tindakan sewajarnya," tegas Saiful yang juga seorang peguam. - mr |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Jumaat, Mac 14, 2008
Ada pihak menyamar KeADILan, arah Tabika Kemas ditutup
Ada pihak menyamar KeADILan, arah Tabika Kemas ditutup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI