Rizal Radzi Fri | Jan 18, 08 | 4:53:17 pm MYT | |
Persoalan sama ada orang kafir terkena hukum Islam atau tidak, sebenarnya tidak pernah timbul dalam benak kaum Muslimin generasi awal mahupun generasi setelahnya. Kaum Muslimin dulu benar-benar faham bahawa satu-satunya hukuman yang wajib ke atas manusia adalah hukum Allah. Allah adalah pencipta manusia dan Allahlah Yang Maha Mengatur dan Maha Menghukum. Inilah yang difahami dan diterapkan oleh umat Islam berabad-abad lamanya. Tapi, setelah kelemahan berfikir melanda umat Islam dan negeri-negeri kaum muslimin, satu persatu jatuh ke tangan penjajah kufar, maka di negeri-negeri kaum muslimin ini telah diterapkan dengan sistem kufur, sekular penjajah. Setelah mereka memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini, pemimpin sekular yang telah dilantik oleh kuffar penjajah ini tetap meneruskan undang-undang kufur penjajah di samping sedikit penerapan undang-undang Islam dalam hal ibadat dan kekeluargaan sahaja. Hasilnya, kaum Muslimin, termasuklah ulama telah terbiasa dan 'terbius' dengan kefahaman bahawa undang-undang Islam hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja, manakala orang-orang kafir dibiarkan mengamalkan undang-undang kufur. Pemikiran terpesong Betapa terpesongnya pemikiran dalam kalangan ulamak ini, sehingga ada antara mereka yang beranggapan bahawa undang-undang kufur (yang dibuat oleh negara) tetap terpakai ke atas umat Islam manakala orang kafir pula sekali-kali tidak boleh dikenakan undang-undang Islam ke atas mereka. Apatah lagi di dalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, para pemimpin dan ulama yang ada terus 'dikuasai' oleh pemikiran kufur bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan ke atas orang-orang kafir, bukan setakat kerana ia tidak terpakai, malah tak boleh dilaksanakan kerana perlu 'menjaga hati' orang kafir. Inilah antara kejayaan kuffar Barat di dalam memasukkan racun sekular mereka ke dalam tubuh umat Islam. |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Ahad, Januari 20, 2008
Hukum Islam diwajibkan ke atas semua manusia
Hukum Islam diwajibkan ke atas semua manusia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI