Oh, menarik juga jawapan yang diberikan oleh Shahrul Nizam kepada persoalan saya. Kalau diikutkan jawapan yang diberikan, tidaklah susah sangat hukum hudud itu tapi tak taulah kalau dah rasai dan dipraktikan di sini sebab saya tidak lagi pernah menyaksikan atau alami keadaan di mana hukum hudud ini dilaksanakan. Jadi secara kesimpulannya hukum hudud ini masih menjamin hak orang yang bukan Islam untuk beragama tapi pada masa yang sama lebih kepada mencegah benda-benda yang boleh merosakkan diri sendiri la kan?
Kalau dilihat dari segi rasionalnya, apa yang dinyatakan oleh Shahrul Nizam, dan saya petik kembali:
Bagaimana kedudukan orang bukan Islam jika PAS memerintah?
- Boleh memilih agama masing-masing.
Maksudnya orang bukan Islam masih boleh lagi mengamalkan agama masing-masing - Boleh mengamalkan cara hidup dan budaya kaum masing-masing.
Tiada halangan untuk mengamalkan cara hidup dan budaya kaum seperti di Sarawak ia berbilang kaum - Hak bukan orang Islam dijamin termasuk aktiviti ekonomi yang tidak bercanggah dengan Islam, keselamtan diri, harta benda, dan keluarga mereka, peluang mendapatkan pendidikan, peluang pekerjaan, kebajikan, dan hubungan bermasyarakat.
Jadi peluang untuk bukan Islam adalah sama dengan yang Islam dalam semua hal
Bagaimana dengan arak pelacuran, judi dan rasuah jika PAS memerintah?
- Prinsip umum menyatakan bahawa sesuatu yang boleh merosakkan diri sendiri dan menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan orang lain dalam masyarakat boleh diharamkan.
Ini saya setuju kalau benda yang merosakkan patut dielakkan
- Penggunaan arak di kalangan bukan Islam adalah terhad, dan haram ke atas orang Islam.
Terhad, bermaksud tidak dijual secara berleluasa dan dalam jumlah yang terkawal. Betul tak? - Judi, pelacuran, dan rasuah bukanlah budaya orang bukan Islam dan diharamkan ke atas orang Islam.
Boleh merosakkan diri snediri dan orang lain.
Yang tulisan hijau adalah pandangan saya secara logik kepada apa yang ditulis oleh Shahrul Nizam. Mungkin pandangan saya tersebut betul atau juga ada kesilapan sedikit dari pandangan hukum hudud tapi setakat ini saya paham serba sedikit la pasal hal ini.
Terima kasih juga kepada ezz harris atas penerangan tersebut. Lega sikit hati saya yang hukum ini tidak la nampak menyusahkan tetapi nampak gaya macam menyenangkan semua pihak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI