Ahad, Disember 16, 2007

MESIR SELAYANG PANDANG

MESIR SELAYANG PANDANG
Informasi TerkiniOleh: Azhariah
16 Disember 2007

Giza Great pyramid.jpgRepublik arab Mesir merupakan sebuah negara yang meliputi 1 002 000 kilometer persegi. Namun begitu, hanya 4% dari tanahnya terdiri daripada kawasan delta yang sesuaai dengan pertanian, sementara yang lain adalah kawasan padang pasir dan berbukit, Negara Mesir terbahagi kepada 21 wilayah atau juga disebut sebagai muhafazah.

  • Penduduknya lebih 48 juta dan 18 juta daripadanya tinggal di Kota Kaherah.
  • Tanaman utama negara ini ialah kapas yang merupakan 1/3 dari hasil negaranya, sementara padi menjadi tanaman kedua terbesar.
  • Secara umumnya suhu di Mesir adalah antara 7-40 darjah celcius. Terdapat empat musim utama terdiri daripada :
**Musim Sejuk = Disember - Februari.

**Musim bunga = Mac - Mei

**Musim panas = Jun - Ogos

**Musim Luruh = September - November

  • Setiap awal bulan oktober, perubahan masa akan berlaku lewat satu jam dan pada setiap awal bulan Mei dipercepatkan satu jam.
  • Agama Islam menjadi agama rasmi negara. 94% penduduknya beragama Islam, 1% penduduknya adalah yahudi, dan selebihnya beragama kristian.
  • Bahasa rasmi adalah Bahasa Arab, manakala bahasa perancis dan bahasa inggeris menjadi bahasa sekunder Mesir.

KENAPA DISEBUT SEBAGAI EGYPT, DAN JUGA DISEBUT SEBAGAI MISR?
  • Menurut sejarah, bangsa Semit yang tinggal di rantau ini menamakan negara ini dengan nama Misr yang bermaksud Batas. Penduduk yang duduk dieskitarnya disebut sebagai misriyyin. Orang-orang Yunani pula menyebut Mesir dengan Nama Egyptus. Nama Egyptus sering disebut-sebut dalam syair-syair pujangga agung Yunani, Homerus. Ada pendapat yang mengatakan Egypt disandarkan kepada bangsa Qibti yang merupakan bangsa Firaun.
Posted on Saturday, December 15 @ 16:36:29 EST by mumayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI