SELOKA: RAYA
Kepada semua pengunjung budiman,
Setelah Ramadhan tinggalkan kita,
Eloklah Syawal pula menjelma,
Lupakan segala sengketa lama,
Ayuh bermaafan kita semua.
Mari cek adik mari cek abang,
Abah dan Ummi sekali pulang,
Takkan dilupa raya menjelang,
Hati teringat minda terkenang.
Ayuhlah balik kampung halaman,
Raikan raya bersalam-salaman,
Indah suasana segar dan nyaman,
Riuh rendah rumah halaman.
Ayah dan Ibu jangan dilupa,
Yang masih punya janganlah alpa,
Anak yang soleh jarang dijumpa,
Akibat cuai ibu dan bapa.
Ingatlah selalu ajaran agama,
Di dunia bukan untuk selama,
Itulah pesanan alim ulama,
Lahirnya kita bukan percuma.
Fikirkan selalu amal dan bakti,
Itulah sahaja menjadi bukti,
Tetapkan iman di dalam hati,
Rajin beramal sampai kemati.
Inilah pesanan para ambia',
Mari beramal jauhkan ria',
Apa salahnya bersuka ria,
Ahli keluarga hidup ceria.
Fakir dan miskin jangan dilupa,
Ziarah menziarahi amalan mulia,
Antara kawan juga keluarga,
Hari raya disambut dengan gembira.
Ingatlah ketika di jalan raya,
Ragam manusia miskin dan kaya,
Diharap sabar menempuhinya,
Agar selamat sampai semuanya.
Nanti bila dah habis raya,
Balik semula ke bandaraya,
Atau shoping di pasaraya,
Tolong ingat pesanan saya.
"Ingatlah ALLAH banyak-banyak... Nak SELAMAT sampai bersabarlah banyak"
TAKBIR RAYA:
LAGU RAYA:
Sekian terima(lah) kasih(R)
Ambuyat.
20092009
Cuba PERHATI....
BalasPadamHuruf-huruf AWAL dari mula sampai bait terakhir..!!!