Rabu, Mei 13, 2009

Wanita kalender berbogel lagi

Wanita kalender berbogel lagi


ANGELA



LEEDS - Seorang wanita berumur 63 tahun, Angela Baker melancarkan satu lagi kalendar bogel selepas 10 tahun melakukannya buat pertama kali, lapor sebuah akhbar semalam.

Kematian suaminya, John Baker akibat leukemia menyebabkan 11 wanita membenarkan gambar bogel mereka dirakamkan untuk dijadikan kalendar pada 1999.

Wang hasil jualan kalendar itu digunakan untuk membiayai kos penyelidikan penyakit kanser.

Kelmarin, sebanyak enam daripada 11 wanita itu memutuskan akan beraksi bogel sekali lagi untuk kalendar 2010.

Angela akan berbogel bersama Tricia Stewart, 60, Beryl Bamforth, 75, Lynda Logan, 65, Chris Clancy, 57, dan Ros Fawcett, 59.

Menurut Angela, dia menganggap suaminya akan berasa gembira dengan kejayaan rakan-rakannya membantu membiayai kos penyeldikan kanser. - Agensi

1 ulasan:

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI