Jumaat, Februari 08, 2008

NOSTALGIA TULISAN ANA 2000* SELOKA : KITA VS DADAH & DEDAH

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!

SELOKA : KITA VS DADAH & DEDAH

Kita berjumpa sekali lagi,
Indah sekali pertemuan ini,
Tidak terasa JUN dah pergi,
Adalah diharap JULAI diberkati.

Variasari majalah digemari,
Sering dibaca remaja kini,
Ditambah dengan 'Mangga' berahi,
Anak remaja sedang diracuni.

Dadah dan dedah musuh yang misteri,
Anak gadis dan juga isteri,
Habis terjebak gejala ngeri,
Dari pelusuk keserata negeri.

Dadah mengancam tak kira jantina,
Angkara sambilewa kerajaan hina,
Dedah kegemaran orang betina,
Akibat pengaruh siri TV Xina.

Habis sekelian rakyat jelata,
Dedah menghidangkan dosa mata,
Angkara fesyin tak kira juta,
Dedahkan aurat nak tunjuk jelita.

Akhirnya krisis melanda negara,
Hari ini manusia diberi viagra,
Diheret kekancah dosa segera,
Anak-anak 'ABU' umpama mee segera.

Dadah dan dedah cukup merbahaya,
Anak-anak remaja bergelar buaya,
Hidup mereka kehilangan upaya,
Di dalam hidup hilang kerjaya.

Akibat inginkan hidup bergaya,
Dedah dan dadah menunjukkan kaya,
Angkara nafsu mereka terpedaya.
Habis ibu bapa kehilangan daya.

Dalam media tersebar warta,
Anak Melayulah kuasai carta,
Dalam angka tak boleh cerita,
Analisa menyingkap sejuta derita.

Hilanglah kini kepercayaan kita,
Dah berapa lama serenti dibina,
Angka penagih tidak terkata,
Dimana sebenarnya pemimpin kita?

Andainya pencegahan yang diutama,
Haruskah kerajaan berdiam cuma,
Dah tahu pendekatan kini percuma,
Apa guna teruskan yang cuma-cuma.

Dalam mengakui ketidak kesanan,
Adakah patut terus laksanakan,
Haruslah kini ubah pendekatan,
Dari tahanan hebatkan hukuman.

Ada hukumanpun tiada kesan,
Dadah ditagih tanpa bosan,
Adakah bahan terus dibekalkan,
Hanya bertujuan buat perniagaan.

Dalam kerajaan konon membanteras,
Elok jer yang lain bekerja keras,
Datangkan bekalan umpama beras,
Alangkah mudah mereka memeras.

Hentikanlah purbawara lakonan,
Dihidu pun tahu bau belacan,
Elakkan busuk nanti ketahuan,
Dikatalah sebahgian dapat dipulihkan.

Akui pula ramai yang mengulang,
Harus mereka dah taknak pulang,
Di pusat serenti makan sedulang,
Eloklah terus alang kepalang.

Depalah untung masuk kekantong,
Ada penagih bolehlah kelentong,
Habislah keluarga terkatong-katong,
Depa sebenarnya hanya nak utung.

Entahlah kenapa begini jadinya,
Dibiarkan sahaja tiada sudahnya,
Andainya kerajaan benar tanganinya,
Hari ini patut kurang jumlahnya.

Dahlah dadah tak tertangani,
Enak berkata tak disenangi,
Dedah aurat tak diperangi,
Alamat negara hilanglah wangi.

Harap sendirilah cuba bertahan,
Diharap kerajaan siapa tahan,
Entahlah apa lagi rancangan,
Dalam fikiran ingin tumbangkan.

Andainya kita berdiam diri,
Habislah kita tak boleh berdiri,
Dilanyak kerajaan setiap hari,
Entah ke mana kita nak lari.

Dah cukuplah kita memberi tempoh,
Angkara mereka semuanya lumpoh,
Hentikanlah perangai duduk bersimpoh,
Dah tiba masanya kita pelopoh.

Empat tahun lagi harus ditunggu,
Dalam menunggu jangan termangu,
Andainya kita asyik berlagu,
Habislah rancangan akan terganggu.

Seloka kami mohon berundur,
Emak dan anaknya sudahpun tidur,
Letih rasanya lututpun kendur,
Orang sebelah dah lama berdengkur.

Kalau ada umur yang panjang,
Ada masa teruslah berjuang,
Anak bangsa terus perjuang,
Zaman sekarang bukan jiwang-jiwang.

Harap-harap berjumpa lagi,
Ada idea atur strategi,
Rajan melabur tak akan rugi,
Itu sajalah dah tak ada lagi.

Sekian terima(lah) Kasih!

AZHARI(S)
1JULAI2000SABTU230PAGI

Ahad, Februari 03, 2008

Penipuan makanan halal

Penipuan makanan halal
Posted on Saturday, February 02 @ 22:15:32 MYT by SongkokPutih
Aduan @ Laporan Oleh E-Pengguna

 POHON kepastian daripada siapa yang arif tentang hal ini:

1. Kenapa setiap kali serbuan dibuat, pihak berkenaan tidak menwar-warkan nama syarikat yang terlibat? Siapa yang kita nak lindungi - pengguna atau penipu?

2. Kenapa pihak Persatuan Pengguna Islam tidak menyaman syarikat berkenaan kerana telah menipu pengguna pengguna beragama Islam?

3. Kenapa pihak majlis agama Islam negeri tiada kuasa untuk membuat spot check, sebagai slah satu cara untuk memberi tekanan kepada pengilang pengilang yang keji macam ni. Agaknya kalau asyik spot check tiap minggu.

4. Kenapa kerajaan tidak menggubal hukuman yang berat untuk syarikat yang menganiaya akidah orang Islam, contohnya penarikan lesen berniaga selama 10 tahun atau rampas harta syarikat. Saya rasa, kerajaan kita tidak serius..Kalau betul betul prihatin, dah lama digubal undang undang. Takkan nak tunggu kes lagi teruk berlaku..

Orang kat Kedah sana tau ke apa nama syarikat di Kepala Batas tu? Nak tahu apa nama syarikat yang keji ni!