Posted on Thursday, December 13 @ 08:27:35 MYT by SongkokPutih
Oleh abdinabu
"SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA SIAPA BERMAIN CATUR?
Teringat ketika saya belajar disalah sebuah negeri di Semenanjung sekitar tahun 1974-1982, sekarang baru terasa sangat glamour. Ketika itu kami macam biasa sahaja bila kawan-kawan dari Semenanjung dan juga Sarawak mengatakan kami semua anak orang kaya. Kerana hakikat yang sebenarnya saya dan rakan-rakan memang dari kalangan anak-anak miskin.
Ibu bapa kami tidaklah boleh dikatakan dari golongan sederhana jauh sekali dari golongan berada. Ini dapat kami nilai sendiri perbezaan di antara pondok/rumah kami yang usang dibandingkan dengan apa yang kami lihat di depan mata kami, rumah-rumah yang indah besar dan cantik.
Namun hampir semua rakan dari Semenanjung khasnya tidak percaya sekalipun pernah saya lihatkan bukti gambar rumah kami yang sebenarnya. Mereka berkata; “Entah rumah siapa yang awak gambar ni….”. Biarpun dikatakan dengan bersungguh-sungguh mereka tetap menganggap kami cuba berbohong paling tidak mereka akan katakan bahawa kami suka merendah diri.
Sebenarnya gambaran ini mungkin timbul apabila kami nampak serba mewah kerana ditaja oleh Yayasan Sabah yang ketika itu terkenal kaya raya dengan perusahaan kayu balaknya. Sampai ada kawan-kawan berkata “Alaa ni berapa sangat ler… baru daun kayu balak, belum lagi ranting dan dahannya” bila saya belanja mereka makan. Memang betul ketika itu anak-anak Yayasan Sabah bagaikan “ANAK EMAS”. Orang Sabah yang belajar di Semenanjung bagaikan gambaran kekayaan Negeri Sabah ketika itu yang dipimpin oleh Al-Marhum Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun. Ketika itu kekayaan bumi Sabah memang menjadi buah mulut bahkan menjadi sebuah negeri yang dicemburui lagaknya pada mata-mata orang tertentu.
Ketika itu saya tidak pernah terfikir bahawa Negeri Sabah bakal menerima nasib malang apabila pimpinan USNO dikuburkan tanpa nisan dengan kemasukan UMNO ke Sabah. Habis tunggang-langgang lintang-pukang pemimpin Sabah apabila dipaksa berkiblat ke Semenanjung yang diterajui UMNO@BN. Tinggallah beberapa kerat manusia yang masih berdegil mempertahankan Sabah dari terus dilapah dan dimamah oleh UMNO@BN. Demi menjaga jangka hayat beberapa Parti di Sabah, ketua-ketua meraka telah diberi kata dua oleh UMNO, sama ada menjadi komponen BN atau Parti mereka akan dikubur. Oleh kerana tiada pilihan maka mereka memilih untuk menjadi komponen BN yang mesti akur dan angguk terhadap apa juga agenda yang telah, sedang dan akan dirancang oleh UMNO@BN untuk negeri Sabah.
Rakyat semua tahu, satu Malaysia tahu bahawa kemenangan UMNO di Sabah bukannya kemenangan yang mutlak. Ada “Katak Lompat” yang kononnya dibeli dengan harga yang bukan sedikit. Dengan masuknya “katak-katak” inilah mencukupkan kaki UMNO untuk menerajui Sabah secara tipu muslihat. Kerja siapa? Faham-faham sajalah sendiri siapa PM ketika itu.
Dengan terbitnya artikel berikut:
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/bumiputera-sabah-sarawak-lebih-miskin.html
…maka sahlah apa yang didakwa oleh Ketua Cawangan UMNO Tampi, Azizul Sanarul, yang telah menulis “Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Haji Musa Haji Aman” seperti link berikut:
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/orang-unmo-ini-lagi-berani-dari-saya-dh.html
“Surat Terbuka” ini dibuat apabila DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN membuat Laporan Polis Terhadap Ketua Menteri Sabah seperti link berikut:
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/laporan-polis-terhadap-ketua-menteri.html
Dan berikut pula adalah Wawancara Malaysia Today dengan Ketua Cawangan UMNO Tampi, Azizul Sanarul, penulis 'Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah': http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/kenapa-saya-tentang-musa-aman.html
Dan link seterusnya tidak kurang pentingnya untuk dibaca kerana ianya berkait rapat dengan agenda memfaraidhkan segala khazanah negeri Sabah dilink berikut:
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/projek-ic-tun-mahathir-untuk-pti-di.html
Kalaulah tiada perubahan pucuk pimpinan pada PRU akan datang maka status miskin kini mungkin akan meningkat kepada ‘NEGERI YANG PALING PAPA KEDANA’ @ MUFLIS.
Kasihanilah kami……
Wallahu a’alaam!
Sekian terima(lah) kasih.
Azhari(s)
Catatan:
Artikel - 2,3&4 diperolehi dari Mesra.net: http://www.mesra.net/
slm W.B.T...kes ni la org sbh kna prtahankn.. dsbabkn ktamakn org2 trtntu..sbh mskin skrg..
BalasPadamLain kali bila bagi komen atau ulasan tulislah dengan menggunakan perkataan yang penuh, jangan gunakan bahasa SMS...macam orang merapu sahaja!!!
BalasPadamhello ...
BalasPadam